CATs Learning recruit (writing test)

1 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Kelas ini telah dihadiri oleh 5 orang peserta iaitu terdiri daripada pelajar sekolah bawah 13 tahun. Kelas ini telah diadakan pada jam 9.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari bertempat di Bilik Latihan PI1M Machan.

Peserta telah diajar membuat email atau sign up email untuk mengikuti kelas CATS(Cambridge Accessible Tests) Learning. Kelas kali ini memberi peluang kepada para pelajar untuk menjadi kreatif dan membuat karangan pendek kerana sesi kali ini adalah sesi Writing.

CATS learning ialah kursus Bahasa Inggeris SECARA PERCUMA kepada sesiapa sahaja yang ingin meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris. Ia senang digunakan dan boleh menggunakan aplikasi mudah alih dan pembelajaran atas talian (online) menjadikan ia mudah untuk dipelajari pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali